Wira
Baca Wira
Baca Komik Wira lengkap dan baru di PandaKomik. Kami menyediakan komik untuk anda baca online secara percuma.
Read Wira
"Wira" menceritakan sebuah perjalanan perjuangan sekumpulan adiwira di mana mereka adalah penyelamat dunia masa kini. Skuad Wira la yang bakal menentukan masa depan dunia selagi kejahatan manusia dan penaklukan dunia tercetus. Ahli wira tersebut adalah Saga rimo sebagai pemimpin skuad wira sendiri, Jara, Aka taksis, Satria suria dan Puteri Kenyalang. Skuad wira berdepan banyak jenayah dan penaklukan mahkuk asing sehingga Saga rimo selaku pemimpin ingin menambah ahli wira baru. Menariknya sepanjang perjalanan skuad wira ini, Saga rimo ingin tahu asal usulnya. Banyak tragedi misteri yang terjadi sehingga mengaitkan saga rimo dan keluarganya sebenar. Pada Mulanya nicholas xavier sebagai saga rimo tidak pernah berjumpa orang tuanya. Ketika masih bayi seekor harimau berwarna merah yang menjaganya dan mengajarnya bertempur. Setelah 10 tahun kemudian nicholas xavier meninggalkan hutan kelam dan ingin pergi menerokai suatu tempat baru yang tidak pernah di jejakinya iaitu Bandar Jaya. Setelah hidup lama di bandar, banyak perubahan yang berlaku pada nicholas xavier sehingga beliau akhirnya membuat keputusan untuk menjadi pelindung kepada penduduk bandar demi menjaga keamanan bandar. Nicholas amat prihatin dan bertanggungjawab pada semua orang skeliling. Mulanya nicholas xavier menjadi wira sebagai Saga rimo hanya untuk membentras jenayah, akan tetapi satu hal membuatnya lebih taksub lagi dengan tugasnya yang lebih berat apabila mengetahui mahluk asing mula munculkan diri dan memusnahkan bumi. Kini Nicholas xavier bukan hanya menjadi lebih serius menjaga keamanan daripada jenayah malah juga penaklukan ke atas bumi. Nicholas xavier bersama rakan seperjuangannya masih meneruskan misi demi menjaga keamanan bumi di samping juga mencari tahu tentang asal usulnya.[ALERT: There may be some disturbing images not suitable for young ages.]
Comments
Post a Comment